Lama dah nak share tips ni dengan korang tau.
Siapa perasan, dulu kak nanad ada bust video 'tengok apa ada dalam handbag'.
Dan item yang wajib ada ialah VICK’S.
Tahu kenapa?
Sebab banyak kegunaan.
Ok, jom kak nanad share kegunaan Vick’s yang ramai orang tak tahu.
So here we go!
1. MELEGAKAN OTOT YANG SAKIT
Mentol dalam Vicks boleh membantu untuk tidak hanya menawarkan sejuk yang menyegarkan untuk kulit korang, tetapi juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah. Selepas aktiviti fizikal, ambil beberapa Vicks dan sapukan ke mana-mana kawasan yang korang rasa sakit. Sure korang akan rasa lega.
2. SEBAGAI PENEBAT SERANGGA
Betul tak eh penebat?
Kalau korang nak berkhemah ke, berjalan tempat yang disyaki ada nyamuk ke, boleh je sapu kat kulit sebab nyamuk tak suka ok bau Vick's ni.
Kadang tu kak nanad sapu kat kulit anak bila balik kampung.
Berkesan!
3. MEMUDARKAN LEBAM
Haa yang ni memang cepat.
Korang cuma perlu tambah sedikit garam dalam Vick's dan sapu + urut kat kawasan lebam.
Dalam masa singkat, lebam hilang cepat dan skin kembali normal.
4. LEMBAPKAN BIBIR
Haaaa! Ni paling best.
Korang nak lembapkan bibir dengan sangat2 mungil, letakkan sedikit Vick’s ni dan korang tengok hasilnya.
Plus merah2 pinky lagi tau
Try lah!
5. LEMBUTKAN TUMIT
Orang pompuan selalunya ada masalah ni.
Tumit kering dan merekah.
Euuwww!
Cara paling mudah, sebelum tidur sapu kat tumit kaki setiap malam.
Hasilnya, tumit korang kembali lembut dan merah.
Jangan lupa asah dengan batu tumit tu.
Lagi power!
6. LEGAKAN MASALAH PENDENGARAN
Pernah tak gegendang telinga sakit or luka?
Ambil sedikit kapas, letak sedikit vicks dan biarkan selama beberapa jam. Buat 2 or 3 kali sehari.
Dapat elakkan jangkitan kuman jugak tau.
7. MELEGAKAN SAKIT KEPALA
Macam biasa, letak di dahi dan sekitarnya sekerap yang boleh dan sedikit massage, lega! 😘
8. MERAWAT STRECHMARK
Sesetengah ramuan utama dalam Vicks, minyak kayu putih, minyak daun cedar, petrolatum, kapur barbar, dan minyak turpentin, semuanya bergabung untuk membantu kulit meregang yang kedua-duanya berasa lebih lembut dan meningkatkan kelembapan. Ini akan membantu mengelakkan stretch mark korang lagi teruk.
Best kan?
9. KURANGKAN RASA MENYENGAT
Kadang2 kalau sunburn or berjemur lama bawah matahari, rasa kulit menyengat kan?
Sapukan Vick’s, dalam masa beberapa saat korang akan rasa lega dan nyaman.. Try tau.
10. MENGHILANGKAN KULAT KUKU KAKI
Thymol adalah salah satu bahan utama dalam Vicks VapoRub dan sangat baik untuk menghalang pertumbuhan kulat kerana ciri antiseptik, antimikrob dan antibakteria.
Apa yang korang perlu lakukan ialah sapu sikit Vick's di permukaan kutil kuku dan kuku jari kaki untuk menghilangkan kulat.
Haa lepas ni kuku memasing cantik la.. Plus kilatkan kuku tau.
11.MELATIH HAIWAN PELIHARAAN
Haa kalau korang nak train kucing korang dari kencing merata or berak merata, korang sapu Vicks di kawasan yang dorang suka popo, tengok lah, kucing korang takkan buat dah sebab miaw tak suka bau Vicks ni ok.
12. SELAMATKAN PERABOT
Yang ni pun berguna jugak.
Kalau korang geram kucing suka cakar2 sofa korang. Sapu je kat area die suka cakar, sure tak cakar dah.
Try tau.
Kalau menjadi bagitau.
13. Penggantian Neosporin
Sekiranya korang kehabisan Neosporin, gunakan VapoRub sebagai pengganti.
Layerkan sikit lapisan nipis di sekitar kawasan yang cedera (serpihan, potongan, dll) untuk membantu mempercepat proses penyembuhan.
Ia juga membantu melindungi daripada kuman dan bakteria tau.
14. MERAWAT JERAWAT
Sebenarnya, korang boleh letak beberapa VapoRub ni pada jerawat dan biarkan semalaman.
Bila korang basuh esok pagi, jerawat or cela tu akan hilang.
Walau tak sepenuhnya, tapi membantu jugak tau.
15. MENANGIS ON THE SPOT.
Haa kot2 la korang ada cite2 nak jadi pelakon kan, letak je bawah mata, korang akan menangis dengan real.. 😅
16. KURANGKAN RADANG ECZEMA
Sapukan Vicks kat ekzema korang untuk mengurangkan keradangan dan gatal.
Biarkan kulit skin korang bernafas.
Tapi yang kes teruk tu, jangan lah.
Dapatkan nasihat doktor.
17. REMOVE EYE MAKE UP
Sapukan pada cotton, dan secara perlahan, buang mekap sampai bersih.
Jangan sampai kena mata pulak.
18. BAKAR LEMAK DAN SELULIT
Haa, yang ni best.
Korang campurkan Vicks dengan camphor, baking soda, dan sedikit alcohol.
Gosokkan campuran ini di kawasan yang korang nak kurus dan tutup dengan balutan plastik.
Korang refer gambar.
Kak nanad panggil 'cling film'.
Dah kurus bagitau tau.
19. SEBAGAI PELEMBAP
Agak2 kalau pelembap korang habis, yang boleh dijadikan sebagai pelembap.
Haa yang ni kak nanad pernah try.
Sumpah menjadi. Masa tu spirulina serum habis, guna yang ni sebagai kecemasan.
Nyaman!
20. LEGAKAN KEGATALAN.
Kalau kena gigit nyamuk, gatal nya kemain kan?
Apa lagi, sapu je Vicks ni, setel.
21. BUANG KETUAT
Haa yang ni mudah je.
Sapu 2 kali sehari selama 2 minggu.
Nanti ketuat korang tu tanggal.
22. KRIM LANGSING HOMEMADE
Korang boleh buat krim pelangsingan buatan sendiri menggunakan Vicks Vapo-Rub tau.
Campur sedikit kapur barus, baking soda, dan alkohol.
Mentol terlalu banyak boleh merengsakan atau membakar kulit, jadi kalau korang nak kurangkan rasa menthol, tambah sedikit serbuk kapur.
23. MERAWAT BATUK MALAM
Kalau korang ade batuk pada waktu malam, sapukan Vicks seluruh tapak kaki, dan pakai stokis.
Berkesan ok!
34. BEDTIME HUMIDIFIER
Campurkan sedikit vicks dalam humidifier korang, korang akan tidur dengan nyaman je.
35. HILANGKAN BUNYI PINTU.
Pintu korang bising ke?
Calitkan sedikit Vicks kat engsel pintu, terus senyap. 😬
Ok, ni je lah yang boleh kak nanad share.
Kalau nak share, share lah.
Ps: nak copy, please credit eh. Gigih jugak nak menaip panjang2 ni.
*pic credit to Google