AKU KAHWIN DENGAN LELAKI YANG AKU BENCI.

October 07, 2018






Tajuk tak nak kalah kau.
Choii.
Yee sungguh.
Tapi, kalau nak kata cerita ala2 novel cinta tu, kak nanad rasa plot cerita kak nanad ni boleh masuk dalam babak novel sebab asalnya aku benci lelaki tu😂.
Perasan!

Ok, macamana kak nanad kenal suami?
Sebenarnya family kak nanad pindah dari sunway ke lumut masa aku form 3.
Posmen yang tukang ngorat, tukang kacau2 aku masa tu poji (laki aku la).
Die ngorat untuk kawan die.
Fine.
So, aku pun kapel la dengan kawan dia tu.
5 tahun bai. 😂
Masa tu, itulah cinta mati aku.
Yela, 1st love kan.
Wekkk aku tahu korang nak muntah.
Sila muntah sana.
Kejap kak nanad, kejap aku. Btw, korang faham kan? Layan kan je lah eh.
Ok sambung.

Tapi, orang cakap kalau tahun ke 5, tak boleh go, mesti putus.
Haha mitos mana pun aku tak tahu lah.
Aku bercinta dari form 3 sampai lah masing2 sambung belajar.
Masa tu aku belajar di Maktab Kerjasama Malaysia dan ex bf aku ni belajar kat ATMA.
Then, yes tahun ke 5 aku putus sebab ex aku curang woii.
Kongsam.
Aku separuh gila jugak lah.
Ingat lagi tiap2 kali balik kelas, mesti menangis dan memerap bilik.
Pernah sekali tu kawan2 aku la heret aku ke bilik air mandikan aku weh.
Berbaju dan berseluar ok.
Aku kena explain bab ni sebab kang ade je, korang ni bab nak melucahhh tu laju je kan.
Ok sambung lagi.
Choiii bodohnya aku masa tu.
Nak je aku pinjam pintu masa doraemon nak lempang aku yang dulu.
Hahaha.

Then, mungkin nak dijadikan permulaan jodoh kot.
Masa aku stalk ex bf aku kat Sogo, aku terserempak dengan poji ni.
Terjumpa selepas lama terpisah.
Masa tu die dengan gf die.
Aku ingat lagi masa tu die pakai kemeja outing.
Dulu2 bebudak ATMA (sekarang UPNM) kalau outing je mesti pakai kemeja hijau cair dan tie maroon.
Masa tu sempat lagi die mintak no hp aku.
Kak nanad bagi je la, ye la masa tu tak berapa fokus pun sebab mata aku melilau tengah follow ex bf aku.
Dan bagi jugak la sebab ye lah atas dasar kawan sekolah.
Kebetulan poji ni belajar 1 tempat dengan ex bf aku.
So, senang lah kalau die ni nak jadi mata2 aku nanti.

Then, masa tu hubungan aku dengan ex bf dah macam cannot go.
Yang poji ni pun sibuk tak habis2 mesej aku.
Ntah apa die nak, aku tak tahu lah mamat ni.
Pergi kelas bagitau, balik kelas bagitau, nak mandi, nak makan ahh semua lah die bagitau aku.
Sampai lah aku tamat belajar dan kerja.
Still dia tak putus asa hari2 anta report apa die buat semua.
Sampai aku rasa macam aku ni tempat die hantar report harian.
Tak jemu.
Hampir 2 tahun jugak dia buat perbuatan yang sia2.
Kalau rajin, aku balas la.
Kalau tak, tak la.
Kejam tak?
Sebab, lepas aku putus tu, aku memang serik dah lah nak bercinta ni.
Kawan tu ramai.
Masa tu jugak aku pasang 'sparetyre' ramai.

Then, kami tak pernah dating.
Haha nampak tak aku demand giler.
Sampailah 1 hari tu, die beria ajak keluar.
1st dating, ok lah aku ikutkan jumpe kat masjid jamek.
Die punya bangga jalan dengan aku sampai terserempak kawan2 die semua die cakap 'awek aku'. Dalam hati aku, sejak bile? 🙄

Then, kali kedua nak dating, aku lagi kejam.
Janji nak jumpa die kat Amcorp Mall buka puasa sesama.
Tiberr ex bf aku mesej nak jumpa kat Amcorp Mall pulak.
So, aku saje cari gado dengan poji ni sebab tak nak jumpa die.
Motif utama nak jumpa ex bf aku lah.
Bila aku nak berbuka puasa tu, ex bf aku bagitau terserempak dengan poji ni dalam train.
Maka, pecah lah tembelang aku bila poji tanya ex aku nak pergi mana.
Selamber je la ex aku cakap 'aku nak jumpa nad'.
Korang rasa mamat yang laki aku sekarang ni, rasa apa?
Jauh kot dari Sg.Besi tukar2 train nak ke PJ.
Kecewa lah dia dan siap sent mesej cakap sampai hati aku buat die macam tu dan die menangis.
Aku rasa bersalah sebab kantoi tapi still buat dek.

Then, die ni jenis tak putus asa ke apa, tak tahu lah sebab tak pernah serik.
Sampailah aku kerja jurulatih plkn, dia still kalau balik cuti, bawak aku keluar or kalau aku keje, die jadi delivery hantar makanan la hape la.
Dalam pada tu, aku still ramai sparetyre.
Haha spartyre ni guna untuk kepentingan je.
Tolong beli itu, tolong beli ini.
Tapi, tak semua lah.
Ada je yang aku serius tapi takde jodoh kan. 😂

Kami terus kan berkawan sampai lah die mula kerja di kem Johor dan aku masuk nurse.
Masa tu, lagi terbuktilah die sayang aku sebab dari Johor drive ke Sg.Petani, Kedah.
Kadang tu dia sampai pukul 12nn, sanggup tunggu panas2 luar pagar sampai aku habis kelas 5pm.
Kau rasa, tak sayang lagi ke?

Jangan sangka panas sampai ke petang ye korang.
Hujan ribut di tengahari takde siapa boleh duga.
Tu belum lagi bab curang, ada beb.
Bukan takde.
Orang laki ni bila dia dah tahu kita sayang dia, mulalah die mula tunjuk belang die.
Masa kak nanad study nurse, dia start buat perangai.
Sorang2 kantoi.
Sampai die cakap aku ni bomoh semua tahu.
Tapi, sebenarnya instinct tu kuat.
Dan, aku macam biasa akan bagi kata dua 'pompuan tu atau aku?'.
Hati keras betul.
Die curang macamana pun, terang2 dia akan bagitau perempuan2 tu, dia tetap pilih aku.
Sebab pendirian aku masa tu, kau tak nak aku, cakap siap2 dan blah awal2, sebab jangan buang masa aku.
Haa tak tahu la hati ni kebal giler.
Tapi, nasib baik lah die pilih aku.
Sayang dah woii.
Ko giler?

Maka, bercintalah kami jarak jauh hampir 9 tahun.
Haa sekejap je kan masa berlalu.
Nak kawen pun dugaan giler.
Haha masa tu dua2 family tentang hebat.
Punca dia tak yah cite sini lah.
Then, nak tunang tak jadi.
Putus lagi.
Actually putus sambung tu aku rasa beratus kali.
Tapi kalau putus nya sehari je masa bercinta.
Tapi lepas tak jadi tunang tu, lama jugak kami putus, 2 bulan lebih.
Ok masa ni, aku banyak dengar lagu jiwang sedih2.
Tambah2 lagu Najwa Latip tajuk 'kosong'.
Kononnn.
Masa tu aku pun baru kerja sebagai staffnurse.

Memang aku banyak calon pilihan masa tu.
Airforce officer, kerja offshore, navy officer.
Woi aku tak tahu kenapa sangkut semua geng2 askar darat laut bagai.
Then, lastly ada rombongan merisik masuk atas pilihan family tapi 2 minggu je la 'berrisik/bertunang'.
Sebab laki tu tak tahan, haha aku kepala batu dan hari2 die kena marah.
So lelaki tu betul2 dah tak tahan, kami putus tapi dalam masa sama, kantoi die curang.
Ceh!
Lagi lah aku tak percaya lelaki dah.
Dan, karakter aku terus keras dan dingin.

Tapi, dalam masa sama aku berdoa biarlah kalau jodoh aku dengan siapa sekalipun, aku mohon aku boleh lupakan si poji ni.
Sebab, masa tu tak tahu la kenapa.
Kawan dengan orang lain, still ingat die.
So, bila aku dah putus risik (ade ke term tu?), aku hidup lonely balik.
Tapi, pernah 3 malam berturut aku buat isthikarah sebab plan aku masa tu konon nak kerja di Arab dan tak nak kawen.
Sebab aku dah tak boleh lah nak sayang orang.

Tup2 malam ke 3 tu tiberr laki aku mesej.
Aku rasa jantung gugur.
Terkejut.
Sebab aku dengar ura2 dia akan kahwin dengan orang lain.
So, that time aku pasrah tak harap apa2 langsung.
Die mesej tanya khabar, masa tu ketar2 aku balas dan penuh debaran.

Dia mesej die bagitau hidup dia kosong.
Cuba jugak lupakan aku, tapi tak boleh.
Samalah aku weh.
Jadi, dia mintak peluang last untuk dia pujuk family die.
Aku cakap cubalah walaupun aku tahu harapan tu tipis.

Dan, mungkin memang dah jodoh, rombongan meminang datang.
Dan kami tunang tak lama.
Dalam 3 ke 4 bulan, dan nikah.
Lepas nikah 5 hari, kena tinggal setahun sebab laki aku ke Lubnan ada mission PBB pengaman di sana.

Ending bab kena tinggal lepas kawen ni, sebenarnya panjang lagi.
Tapi aku short kan, masa dia cuti balik mesia pertengahan tahun, rezeki aku mengandung anak 1st.
Dan, die terpaksa balik semula ke Lubnan.
Masa tu dugaan jugak sebab 1st mengandung mabuk sorang2 , ke klinik semua sorang.
Admit hospital pun sorang2.

Sebelum kahwin, gado macam perang dunia.
Bila dah kawen, setahun sekali nak gado payah.
Kadang2 aku boring tak gado, cuba cari point tapi die ni jenis cool, layankan je.
Dan paling aku salute, tak pernah sekali die tinggi suara apatah jentik aku.

Jadi, apa yang aku belajar dalam hubungan ni, 1st jangan terlalu benci seseorang tu sebab sekali Allah balik kan hati kau, benci tukar cinta.
Percaya tak, aku dan suami tak pernah pun declare 'ok jom kapel'.
'marilah kita berkapel'.
Haha sory sebab aku dan die masing2 tak jiwang sampailah sekarang.
Lol!

Tapi, kami tahu kami tak boleh hidup tanpa salah seorang.
So, maknanya apa?
Cinta la ngok.
Itu pun tak reti.

Inilah lelaki yang aku benci yang dah jadi nyawa aku dan anak2 aku.
Cerita 9 tahun aku shortform kan dalam 1 karangan.
Perghh!

Tq jugak korang yang baca sampai habis.
Sebenarnya banyak kisah suka duka tapi kita cerita yang ini je.
Yang lain, simpan rapat2 dalam memori.
Doakan jugak perkahwinan kami ni berkekalan hingga akhir hayat.

Owh ya, satu lagi, jangan lah sesiapa tag laki aku sebab aku tak friend pun dengan die kat fb ni.
Haha dah 3 kali unfriend die bila sentap dengan die.
So, nak add dia balik, tak yah lah sebab hari2 jumpa. 🙄

Dan, belanja lah beberapa keping gambar yang ada dalam hp.
Sebenarnya banyak je dalam cd tapi gigih lah sangat nak copy masuk hp, kena bukak lappy bagai.
Tak yah lah. 😂
So kita repeat guna gambar sama hokey?

Sekian, goodnite.

*kalau korang perasan, perot boncit kan? Masa ni mengandungkan dhia 6 bulan. Sebab kami sanding selepas setahun.
Rezeki dapat dhia ni masa laki aku balik cuti sbulan masa misi di Lubnan.
Then, masa ni jugak baru pakai braces.
Sebenarnya pipi bengkak dan bibir tebal zimbabwe sebab sehari sebelum sanding, aku gatal tukar besi.
Nyesal.

You Might Also Like

0 comments

All-Abox

A complete care for you skin
Love your skin
Love your self