HILANGKAN BIJI KOLESTEROL / MILIA SEED

May 10, 2018

Siapa sini ada masalah biji kolesterol atau milia seed di sekitar kulit wajah?
Mesti stress kan.
Tambah- tambah kalau jumpa kawan lama, nak sembang dekat-dekat pun malu.
Ye la, bila kita berinteraksi dengan orang, tentu  orang akan tengok muka kita kan.


Ok, jangan susah hati.
Jom kak nanad share macamana korang nak hilangkan biji kolesterol ni.


First, korang boleh menggunakan jarum yang telah di-sterile.
Pastikan tangan korang betul-betul bersih dan lapik dengan tisu atau kapas bersih.
Jangan sekali-kali guna kuku tau, nanti berparut kulit sebab kuku kita ni banyak bakteria ok.





Kedua, boleh juga gunakan retinol.
Korang boleh beli di farmasi tapi kak nanad tak galakkan untuk mereka yang ada skin sensitive.
Sila dapatkan nasihat dari pakar kulit dahulu.
Kalau nak tahu ada allergic ke tidak dengan retinol ni, korang sapu dulu bawah siku untuk satu malam.
Kalau ok, then boleh proceed pakai.





Ketiga, korang boleh gunakan dengan kaedah soft peeling atau pengelupasan halus.
Ok, yang ni korang boleh cari chemical peeling yang selamat dan sesuai.
Kalau tanya kak nanad, kak nanad syorkan snow shite scar serum dari Sparkling Skincare yang 100% diperbuat daripada acid buah limau purut dan jeruk epal masam.
Kedua-dua acid buah ni agak pedih dan sedikit mengeringkan, jadi untuk soothing balik dan hydrate semula skin, kak nanad galakkan guna bersama hydrating lemon gel supaya soft peeling tu tidak teruk dan memeritkan.
Dan, kak nanad sendiri mengaku, dulu milia seed ni pernah wujud di sekitar bawah mata kak nanad.
Tapi, alhamdulilah, kak nanad sedar awal, dan kak nanad gunakan pendekatan dengan cara kaedah soft peeling.


So, kak nanad harap artikel pendek dari kak nanad ni dapat membantu korang sedikit sebanyak.
Dan boleh share dengan kawan-kawan yang ada masalah ni.

xoxo
Nadea Fauzi

You Might Also Like

0 comments

All-Abox

A complete care for you skin
Love your skin
Love your self